Terdapat 6 jenis tulisan khat iaitu
1. 1. Khat Kufi – Kufi diambil
bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di
Mesopotamia. ciri khat ini ialah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Khat jenis
ini sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti
masjid dan seumpamanya.

2. 2. Khat Thuluth – dinamakan Thuluth
iaitu satu peritga (1/3) kerana ia ditulis dengan mata pen yang ukuran lebar
menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai
sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Dikenali juga
sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan.

3. 3. Khat Nasakh – Khat Nasakh
merupakan kaedah penulisan yang banyak digunakan kerana khat ini mempunyai
bentuk yang cantik, senang ditulis dan mudah dibaca. Khat ini telah menjadi tulisan
utama bahan-bahan seperti akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus
menjadi tulisan utama al-Qur’an

4 4. Khat Farisi – khat Farisi
dicipta oleh Mir Ali al- Tibrazi dan kemudianya diperindahkan oleh Imaduddin
al- Syirazi. Juga dikenali sebagai dengan khat Nasta’liq (iaitu gabungan antara
Nasakh dan Ta’liq). Khat ini mempunyai bentuk yang cantik, hurufnya sangat
menarik, tidak berbaris, tidak tersusun, sama seperti bentuk Riqa’ah.

5. 5. Khat Riq’ah - gaya
kaligrafi Arab yang indah dan ringkas. Riq’ah bermaksud “secebis kertas yang
ditulis di atasnya dan dicirikan dengan bentuk yang padat dan kecil.

6. 6. Khat Diwani – khat yang dicipta
oleh penulis zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Ibrahim Munif merupakan orang yang mencipta kaedah
dan menentukan ukuran tulisan khat diwani. Asas bentuk khat ini adalah berbentuk bulat dan melengkung dan
ianya ditulis dengan cara yang lembut dan mudah dibentuk mengikut kehendak
penulis.

1) TEKNIK KEDUDUKAN MENULIS KHAT
2) KAEDAH DAN KEDUDUKAN MATA PEN/QALAM
1. Pen hendaklah berada di antara 2 jari iaitu di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disandarkan kepada jari tengah.

2.
Pen tidak ditekan terlalu
kuat, pegang pen dengan lembut.
3.
Jangan memegang pen terlalu
jauh daripada tempat unruk mencelup dakwat.
4.
Hujung jari manis dan
kelingking sentiasa berada di atas kertas sebagai penahan dan jangan di
tekankan tangan kepada dua jari tersebut kerana ia akan mengganggu pergerakkan
tangan.
3) MEMPELAJARI KAEDAH PENULISAN YANG BETUL( TEKNIK TITIK )
Hal ini kerana setiap khat, ia
mempunyai teknik dan titik huruf yang berlainan. Contohnya seperti rajah di
bawah:

Rajah tersebut menunjukkan bahawa, setiap khat mempunyai seni penulisan titik huruf yang berlainan manakala untuk mengukur lebar dan tinggi huruf pula, semuanya menggunakan kaedah titik. Oleh itu, untuk menguasai penulisan khat, penulis haruslah disiplin dalam mengikuti kaedah penulisan ini. Hal ini dengan cara, menjadikan titik sebagai skala untuk mengukur saiz. Contonhya, huruf alif ( ا ) nasakh berskala 5 titik yang dikira dari atas ke bawah manakala huruf ba (ب) nasakh berskala 4 titik dikira dari kanan ke kiri pada perut huruf ba tersebut.

Sama juga yang berlaku pada huruf-huruf jawi yang lain seperti mana gambar rajah di bawah :


Setiap huruf diukur lebar, tinggi dan bujur mengikut kaedah
titik. Titik itu adalah sama saiz dengan titik huruf.
4) MENIRU TULISAN KHAT YANG BAIK
Bagi pemula, penulis bolehlah mulakan dengan menyalin kembali tulisan-tulisan khat yang sudah siap ditulis. Hal ini supaya dapat membiasakan diri dengan menulis khat. Penulis boleh menggunakan kertas berkotak atau kotak yang bergaris untuk memastikan penulisan khat dapat disalin dengan baik dan seragam. Menyalin secara perlahan-lahan dan konsisten bagi memastikan kemahiran dapat dibina.
5) MENDAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA PAKAR
Mendapatkan bimbingan daripada guru secara langsung atau secara online. Hal ini bagi mendapatkan nasihat dan maklum balas daripada guru terhadap penulisan khat yang dilakukan. Kritikan dan teguran daripada guru dapat membantu untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penulisan khat.
6) MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DIGITAL
Pada era moden ini, terdapat banyak aplikasi-aplikasi digital yang dicipta untuk membantu penulis khat. Aplikasi ini membolehkan latihan dilakukan dengan lebih fleksibel dan menarik.
PENULISAN KHAT DIGITAL IR 4.0
Cth :
Masjid kubah batu (Palestin) 685M

Masjid Hagia Sofia (Ayasofia) 537M

Taj Mahal Mughal Emperor Shah
Jahan (1628-1658M)

Pada 90-an hingga kini – zaman awal perkembangan teknologi komputer
- - Elemen-elemen digital
ditambah dengan fungsi editan tulisan dalam perisian seperti Adobe Photohop,
Adope Illustrator, Corel Draw, Flexi Design, Inkscape dan lain-lain.
Zaman Smartphone, android dan Iphone.
- -Kerja-kerja penulisan khat
dibuat secara digital
- -Membolehkan seseorang
menaip teks ayat seni khat dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.
-
Contohnya perisian yang
boleh digunakan ialah:
1. Untuk Khat Tradisi, boleh menggunakan Ana
Muhtarif Al-Khat, Calli-Pro dan Kelk Software.

Ana Muhtarif Al-Khat hasil penulisan
2. Bagi khat kufi murabba’, masyarakat boleh
menggunakan Pixelesque, Adobe illustrator dan lain-lain perisian grafik.
Pixilart hasil penulisan
Dengan adanya perisian-perisian yang dicipta untuk
masyarakat mempelajari dan menggunakan kreativiti mereka dalam penulisan khat, ia
secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang mengenali khat. Menurut
Saiful (n.d) peralihan industri khat ini kepada dunia digital dapat membantu anak
muda agar mahir dalam bidang teknologi dan bidang khat.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI KHAT
1) Penyebaran ilmu dan dakwah
Tulisan khat juga digunakan untuk menulis buku-buku ilmiah, bahan pendidikan, surat khabar dan majalah. Ia juga dijadikan medium untuk menulis papan tanda dan iklan yang bersifat dakwah. Ini sekaligus dapat menambah nilai estetika terhadap mesej yang hendak disampaikan.
2) Menjaga warisan Islam
Seni khat merupakan identiti bagi keindahan agama islam. Penulisan khat menggambarkan keindahan, keunikan dan kelembutan seni Islam.
3) Melatih kesabaran
Penulisan khat memerlukan latihan yang berterusan dan ketekunan yang tinggi. Hal ini juga melatih seseorang bersikap istiqamah dan disiplin dalam melaksanakan sesuatu perkara.
MOTIVASI UNTUK MENULIS KHAT
Antara kata-kata motivasi daripada tokoh-tokoh tersohor kepada penulis-penulis khat ialah :
Daripada Yaqut Al-Musta'shimi :
"Khat itu mengikuti pena.
Bila engkau baguskan potongan penamu, berarti engkau baguskan tulisanmu
Bila kau tidak memperdulikan penamu, maka sama saja engkau tidak peduli pada khatmu"
Khudair al Bur Saidi :
"Akhlak seorang kaligrafer itu adalah ukuran bagi karya kaligrafinya."
Yusuf Dzanun Al-Mushili :
"Khat itu ada permulaannya, tapi tidak ada penghabisannya"
Ali bin Abi Thalib :
"Khat itu tersembunyi dibalik pengajaran ustaz. Dan kesempurnaannya terletak pada banyaknya latihan"
Contoh-contoh video untuk yang ingin mempelajari seni khat nasakh :
KESIMPULAN
Seni khat atau kaligrafi arab merupakan sebuah seni yang patut dibanggakan . Ia merupakan sebuah seni harus dipelajari terutama dalam kalangan umat islam. Penulisan Khat memainkan peranan penting dalam menghubungkan umat islam dengan al-quran dan ilmu-ilmu Islam. Oleh itu, ia haruslah dipelihara dan dipelajari oleh setiap generasi masyarakat agar penulisan khat ini terus berkembang dan tidak lapuk ditelan zaman.
RUJUKAN
Syarif.A.
(2023). Tips sukses belajar kaligrafi bagi pemula. nuonline.
https://nu.or.id/nasional/tips-sukses-belajar-kaligrafi-bagi-pemula-tSlde
Muhamad.Z.A.M&Abdul.J.H.
(2016). Teknik memegang dan menggerakkan pensil khat
menggunakan kaedag carta pai dalam kalangan murid-murid
tahun enam di sekolah rendah. Jurnal of Islamic : studies in Indonesia and
Southeast Asia. 1(2). 199-205. https://download.garuda.kemdikbud.go.id/article.php?article=709858&title=Teknik+Memegang+dan+Menggerakan+Pensil+Khat+Menggunakan+Kaedah+Carta+Pai+dalam+Kalangan+Murid-murid+Tahun+Enam+di+Sekolah+Rendah&val=11205
Firdaus.M.
(2008). Seni khat warisan islam. Islamic calligraphy&graphic
design.https://callidesign.blogspot.com/2007/06/tutorial-3-khat-nasakh.html
Comments
Post a Comment